Sunday, November 29, 2009

Tugasan PBS,PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN,semester 4 Jun 2009.

Tugasan merangkumi perkara berikut:

Soalan pertama

Mengenalpasti dan menghuraikan cara-cara menghasilkan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan yang kreatif dan innovatif.

Soalan kedua

Klasifikasikan bahan-bahan sumber tersebut berdasarkan jenis sumber seperti berikut:

1. Bahan bercetak

2. Bahan Teknologi Maklumat

3. Bahan Teknologi Pendidikan

4. Bahan Maujud.

Selama berada si sekolah,banyak yang saya telah bincangkan bersama guru-guru di sekolah dan juga pihak-pihak lain.Pengurusan bahan-bahan PSK dijalankan dengan lancar dan memenuhi criteria yang telah di tetapkan.Antara pengurusan yang telah di buat ialah:

  1. Merancang bahan P & P bersama panitia matapelajaran dengan penggunaan Internet, CD ROM dan perisian yang berkaitan.
  2. Mencadang senarai tajuk CD ROM yang berkaitan dengan kegunaan matapelajaran bersama panitia matapelajaran.
  3. Memberi latihan penggunaan komputer dan perisian kepada pelajar dan guru.
  4. Mengendalikan perkembangan staff.

Ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber bagi matapelajaran Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan adalah seperti berikut.Bahan pengajaran dan pembelajaran daripada pusat sumber dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pendidikan. Aktiviti p & p yang dijalankan membolehkan penggunaan pelbagai bahan seperti bahan bercetak dan bahan bukan bercetak bagi meningkatkan tahap minda pelajar ke arah yang lebih cemerlang.

Ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber adalah seperti berikut:

    • Pelajar memperolehi pengertian yang meluas dan memanfaatkannya berdasarkan kepada bahan-bahan sumber maklumat .
    • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelbagai sumber dapat memberi kesan yang positif kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara aktif, memberi kemahiran penggunaan bahan kepada mereka serta pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber itu dapat memberi makna yang mendalam kepada mereka.
    • Saluran pelbagai sumber yang didedahkan kepada para pelajar serta menyajikan pelbagai pendekatan tentang bahan pengajaran dan pembelajaran serta kaedah kerja dan saluran maklumat yang mantap dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
    • Memberi kesempatan kepada pelajar utnuk belajar mengikut kecepatan dan kesanggupan masing-masing.
    • Pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber mewujudkan sikap yakin kepada diri sendiri seseorang pelajar itu dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.

Jenis-jenis sumber di dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah seperti berikut

JENIS SUMBER/BAHAN LAIN

1. Jurnal

2. Laporan /Statistik

3. Kertas Kerja

4. Paten

5. Standard/Piawaian

6. Tesis/Disertasi

7. Katalog Perdagangan

8. Ensiklopedia

9. Kamus

10. Tesaurus

11. Atlas/Peta

12. Gazetiar

13. Brosur/risalah

14. Akhbar

15. Majalah/Buletin

16. Buku teks/rujukan

17. 17. Buku Tahunan

18. 18. Monograf

19. 19. Buku log/diari

20. 20. Kitab suci/Hadith

21. 21. Almanak

22. 22. Indeks

23. 23. Abstrak

24. 24. Bibliografi

25. 25. Ulasan/Resensi

26. 26. Direktori

27. 27. Biografi

28. 28. Buku Panduan/Manual

29. 29. Pangkalan Data Dalam Talian

30. 30. Internet

31. 31. CD-ROM

Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran - kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sejajar dengan persekitaran sekolah yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilih sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah.

Seseorang guru perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya. Melalui pengajaran pembelajaran bestari seseorang murid perlu dilibatkan secara langsung untuk berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimum mengikut potensinya.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan pembelajaran ialah;

i Mengenalpasti pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam sekolah bestari

ii Mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan sumber pembelajaran yang dikenal pasti. Berdasarkan kriteria, memilih sumber pembelajaran sesuai untuk digunakan dalam pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

Jenis Sumber Pembelajaran

A. Sumber berasaskan manusia

1. rakan sebaya
2. guru
3. pakar bidang
4. pegawai sumber.

B. Bahan bercetak

1. buku
2. majalah
3. jurnal
4. ensiklopedia
5. surat khabar
6. kad katalog
7. kamus
8. buku teks

C. Bahan pandang dengar

1. mikrofic
2. radio
3. televisyen
4. video

D. Sumber berasaskan komputer

1. disket
2. cakra padat
3. cakra laser
4. disket video
5. internet

Perbandingan Antara Beberapa Kategori Sumber Maklumat

SUMBER

KELEBIHAN

KELEMAHAN

A. Sumber berasaskan manusia

- fleksibel

- interaktif

- secara lansung

- mudah akses

- tidak terjamin kualiti

- sukar mendapatkan pakar yang berkewibawaan.

B. Sumber bercetak

- murah

- kekal

- senang dirujuk

- mudah alih

- mudah akses

- tebal

- berat

- tidak boleh disunting

- tidak terkini

C. Sumber pandang dengar (audio-visual)

- murah

- menarik

- pelbagai pancaindera

- mudah akses

- boleh berulang tayangan/siaran

- boleh digunakan di mana-mana dan pada bila-bila masa

- tidak tahan lasak

- susah menyunting

- tidak terkini

D. Sumber berkomputer

- amat fleksibel

- mudah dimaskinikan

- multi-media

- jaringan tidak terhad

- canggih

- user friendly

- mahal

- menimbulkan tekanan

- perisian terhad,

- bergantung kepada bekalan eletrik

- perlu mahir mengoperasikan komputer

Kriteria memilih bahan atau sumber

- selaras dengan falsafah pendidikan negara

- tidak bercanggah dengan nilai masyarakat

- releven dengan kurikulum

- selaras dengan prinsip pedagogi

- memberi maklumat terkini

- cost effective

- mudah diperolehi

- mudah digunakan

- mudah alih

- mudah senggara

- pelbagai rangsangan

- dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan

- fleksibel


Implikasi Kelemahan/Kekuatan Sesuatu Sumber Pembelajaran

  1. Bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pembelajaran/pengajaran mangambil masa yang lama. Bahan berasaskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemakskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh yang demikian disyorkan supaya pengguna lebih menggunakan bahan berasaskan komputer.
  2. Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam Internet/Intranet. Bahan-bahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Oleh yang demikian penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seorang guru.
  3. Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada kerosakkan hard disk, cakra padat, disket atau diserang virus.

Strategi Mengoptimumkan Sumber

Sekolah akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio, pita video, perisian multi media dan internet. Guru bestari perlu menguasai kamahiran memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum supaya mencapai kesan terbaik dalam pengajaran pembelajarannya.

Selepas mengenal pasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik darjahnya. Disamping itu juga guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai kesan terbaik.

Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting bagi seseorang guru sekolah bestari. Ianya merangkumi beberapa strategi yang boleh diamalkan untuk mencapai pengoptimuman penggunaan sumber pembelajaran yang didapati dalam sebuah sekolah bestari.

Strategi Pengoptimuman sumber

1. Cantuman Pelbagai Jenis Sumber

Guru boleh menggunakan ‘authorware’ untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam ‘word prosessor’ atau ‘electronic presentation’ untuk dihasilkan bahan pengajaran pembelajaran yang amat menarik dan berkesan.

2 Penggunaan Serentak Beberapa Jenis Sumber

Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera murid. Aktiviti ‘hand on’ serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimukan proses pembelajarannya.

Misalnya, guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan sebayannya melalui ‘classnet’. Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer masing-masing melalui ‘classnet’ dalam bilik darjah bestari itu.

3. Perkongsian melalui internet

Sumber pembelajaran khususnya yang dicipta oleh guru sekolah bestari harus dikongsi antara guru sekolah bestari supaya manfaat maksimum dinikmati bersama. Disarankan bahawa semua guru bestari bermuafakat antara satu sama lain untuk berkongsi bahan pembelajaran melalui ‘edunet’. Melalui internet seseorang guru boleh mengembangkan potensinya kepada tahap maksimum dan seterusnya mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.

4 Penyelidikan dan Pembangunan

Guru digalak menjalankan kajian tindakan – mengumpul maklumat tentang pengajaran pembelajaranyn, mencuba teknik atau kaedah bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Antara lain, hasil kajian tentang keberkesanan bahan atau cara mengoptimumkan penggunaannya dapat disebar untuk faedah guru lain.

Penggunaan Bahan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran PSK

Daripada dapatan psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10%

daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri (Rief, 1993). Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Untuk memudahkan pembelajaran sedemikian, penggunaan multimedia telah dicadangkan.

Multimedia memang sudah lama digunakan dalam bidang pendidikan sebelum pengenalan komputer peribadi di sekolah (Poole, 1995). Pada masa itu, multimedia merujuk kepada bahan-bahan bantu mengajar audio-visual seperti pita radio, televesyen, projektor slaid, projektor filem. Bahan-bahan ini biasanya digunakan secara berasingan dan tidak ada kaitan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, teknologi komputer telah beransur-beransur mengambil alih peranan yang dimainkan oleh bahan-bahan ini. Perkembangan yang pesat pada masa kini dalam bidang terknologi komputer dari segi kelajuan pemprosesan data,ruang penyimpanan data, peranti sisian seperti pemacu CD-ROM, pengimbas, dan kamera digital telah membolehkan guru dan pelajar menghasilkan sendiri multimedia CD-ROM dengan menggunakan alat-alat pengarangan yang sesuai.

Dengan kemudahan yang sedia ada, mereka boleh menggabungkan teks, grafik,

audio, video dan animasi dalam satu CD-ROM untuk dijadikan satu multimedia interaktif sebagai alat bantu mengajara bagi matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaaran.. Mengikut Phillips (1997), multimedia interaktif boleh mengubah cara

seseorang memperolehi maklumat serta cara seseorang itu belajar sekiranya digunakan dengan berkesan. Ini kerana multimedia dapat:

1) memudahkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar kerana pelajar diberi kebebasan memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang sesuai dengan diri sendiri;

(2) melayan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar dengan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia;

(3) menggalakkan pembelajaran kooperatif dan interaksi di antara pelajar melalui perbincangan dan projek kumpulan; dan

(4) memudahkan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme.

Dengan menggunakan multimedia interaktif, seseorang pelajar mempunyai kebebasan mengawal pembelajaran sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak lain. Pelajar boleh memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang sesuai mengikut minat dan kehendak sendiri. Dengan memasukkan kata kunci yang sesuai ke dalam ensaiklopedia multimedia, seseorang pelajar boleh mencapai kepada maklumat yang dikehendaki dan belajar memilih untuk belajar sama ada melalui teks, gambar, audio atau video mengikut gaya pembelajaran sendiri.

Di samping itu, pelajar juga boleh mencetak rencana-rencana yang diperlukan untuk rujukan kemudian. Untuk pelajar yang dapat belajar dengan cepat, dia diberi peluang untuk menerokai dan menemui perkara-perkara yang baru tanpa sebarang batasan. Sebaliknya, untuk pelajar yang lambat dalam pembelajaran, dia boleh mengulangi perkara yang sudah dilalui sehingga dapat memahami perkara yang dipelajari. Pendek kata, multimedia interaktif membolehkan pelajar menjadi lebih proaktif dan membina pengetahuan mengikut pilihan, kadar dan kehendak sendiri.

Multimedia merupakan satu gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi.

Dengan gabungan elemen-elemen ini dalam sesuatu pengajaran, guru boleh mewujudkan satu suasana pembelajaran yang penuh dengan persembahan audiovisual

yang bukan sahaja dapat menarik minat pelajar serta merangsangkan deria pelajar dalam pembelajaran tetapi juga dapat melayan pelbagai gaya pembelajaran pelajar.

Selain daripada melayan gaya pembelajaran kecenderungan pelajar seperti visual, reflektif dan global, penggunaan multimedia juga boleh menggalakkan pelajar belajar dengan menggunakan gaya pembelajaran yang pelajar kurang cenderung. Ini dapat membantu pelajar memperkembangkan gaya-gaya pembelajaran yang lain supaya pelajar menjadi lebih fleksibel dalam pembelajaran dan tidak terhad kepada pembelajaran melalui gaya pembelajaran kecenderungan mereka sahaja.

Multimedia interaktif juga menggalakkan pembelajaran koperatif dan interaksi antara pelajar. Pelajar memang lebih suka belajar daripada rakan sebaya. Oleh itu, multimedia memang sesuai untuk pelajar aktif. Mereka berpeluang membentuk kumpulan kecil untuk berbincang dan memahami sesuatu topik,menyelesai masalah dan membuat keputusan dan menghasilkan projek multimedia bersama. Kepakaran, pengetahuan dan pengalaman setiap ahli kumpulan akan digunakan sepenuhnya dalam proses pembelajaran tersebut.

Menurut konstruktivisme, pelajar adalah bertanggungjawb atas pembelajaran diri sendiri. Pelajar membina pengetahuan sendiri berasaskan pengalaman yang diperoleh daripada persekitaran (Scott, 1987). Pendekatan ini mementingkan penglibatan yang aktif daripada pihak pelajar dan tanggungjawab guru ialah menyediakan suasana yang kondusif untuk pembelajaran. Guru perlu menyediakan bahan yang sesuai, memudahcara, memberi sokongan dan galakan supaya pelajar dapat menerima dan memproses maklumat sendiri.

Dengan teknologi multimedia yang ada pada masa kini, pembelajaran yang berasaskan pendekatan ini boleh diadakan. Berpandukan soalan-soalan yang diberi oleh guru,pelajar boleh merujuk kepada perisian multimedia yang sesuai untuk mendapatkanmaklumat dan jawapan. Dalam usaha ini, pelajar dapat membina pengetahuan sendiri. Selain daripada itu, pelajar juga boleh diberi satu topik pelajaran dan diminta mendapatkan data dan maklumat yang sesuai bagi menghasilkan satu laporan atau persembahan pada akhirnya. Dalam proses penyediaan laporan atau persembahan, pelbagai gaya pembelajaran dan kemahiran digunakan dan pembelajaran aktif terhasil. Pelajar akan memain peranan yang aktif dalam pembelajaran dan bukan lagi semata-mata sebagai penerima maklumat yang pasif

seperti mana yang terdapat dalam suasana kelas yang tradisional (Qasem, 1992).

Cross (1987) menyatakan bahawa apabila pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, pelajar akan lebih banyak belajar jika dibandingkan dengan keadaan apabila pelajar semata-mata menerima arahan dan maklumat daripada guru secara pasif. Selain daripada itu, pelajar didapati lebih banyak belajar perkara-perkara yang mereka lakukan.

Gambar –gambar menunjukkan bahan teknologi maklumat yang digunakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran PSK

Penggunaan Bahan Maujud dalam pengajaran dan pembelajaran PSK

Penggunaan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan mempunyai banyak kelebihan dan kebaikannya.Antara kelebihan dan keistimewaannya ialah:

Meningkatkan minat serta kefahaman pelajar terhadap setiap tajuk yang bakal dipelajari bagi matapelajaran PSK melalui bahan maujud.

Dapat mengklasifikasikan jenis-jenis bahan yang sesuai digunakan dalam sesuatu pembelajaran.

Mengukuhkan pengetahuan pelajar mengenai sesuatu pelajaran yang telah dipelajari.

Pelajar dapat merasai sesuatu dan berpeluang melihat sesuatu menda baru yang baru dipelajari.

Penggunaan bahan maujud boleh menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran ini lagi.Daripada pemerhatian yang telah saya buat, Pelajar sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses p&p yang akan diajar oleh guru selanjutnya.Selain itu,kelas menjadi lebih aktif .Ini kerana mereka tertarik dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.

Penggunaan bahan ,maujud yang sesuai memudahkan guru untuk member pemahaman yang lebih kepada para pelajar.Guru-guru juga hanya perlu membawa bahan maujud yang pada kebiasanya mudah dan senang untuk didapati dan tidak terlalu sukar untuk dijadikan bahan bantu mengajar di dalam kelas.

Gambar –gambar menunjukkan bahan maujud yang digunakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran PSK-bagi tajuk buah-buahan tempatan dan bunga-bunga tempatan

Penggunaan Bahan bercetak dalam pengajaran dan pembelajaran PSK

Penggunaan bahan bercetak di dalam matapelajaran PSK seperti buku teks,buku-buku latihan dan sebagainya memangla tidak asing lagi.Walaupon pelbagai tohmahan dan pandangan yang mengatakan penggunaan bahan bercetak seperti buku teks di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran terlalu mengandungi banyak informasi dalam ruang yang sedikit,penggunaan dengan cara yang betul dan dapat membantu pengajaran dan pembelajaran.

Walaupon kaedah ini agak biasa dan membosankan tetapi banyak juga manfaat yang boleh kita terapkan.Antaranya ialah dapat mewujudkan budaya membaca,membuat latihan dan melatih murid-murid menulis dengan betul.Apa yang dapat saya perhatikan,penggunaan buku teks masih lagi wajar digunakan dalam matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan.

Gambar –gambar menunjukkan bahan bercetak yang digunakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran PSK

No comments:

Post a Comment